Google
 

Friday, July 29, 2011

Saga FLX tawar lebih penjimatan

PETALING JAYA 27 Julai - Model Saga FLX Proton Holdings Bhd yang baharu dilancarkan, dijangka memberikan kecekapan bahan api yang lebih baik, kira-kira enam peratus, menerusi penggunaan teknologi transmisi pemboleh ubah (CTV) secara berterusan.

Versi yang dipertingkat itu menggunakan sistem tali sawat untuk mengubah kilas kepada kuasa, menjadikan penukaran gear lebih lancar serta mengurangkan pengunaan petrol yang memberikan pengalaman pemanduan yang lancar.

Pengurus Jabatan Ujian Kebolehsanaan Halid Deni berkata, syarikat itu sudah membandingkan kereta itu dengan modal sebelumnya (Saga FL), dan mendapati ia lebih ekonomi dan berdasarkan data, peningkatannya sekitar enam peratus.

"Model baharu itu juga dilengkapi transmisi automatik yang dipertingkat (SAT) - hanya untuk varian automatik - yang membolehkan sensasi penukaran gear tranmisi automatik enam kelajuan standard," katanya selepas pandu uji kereta itu di sini hari ini.

Model varian automatik sebelumnya hanya dilengkapi transmisi empat kelajuan standard manakala kedua-dua model masih menggunakan kapasiti enjin 1.3 liter yang sama.

Proton juga sudah meningkatkan ciri-ciri keselamatan dengan memasang kunci gear, kemudahan yang tidak disediakan pada modal sebelumnya.

Saga FLX, yang dilancarkan semalam, dijual pada harga atas jalan daripada RM38,598 (manual) hingga RM44,998 (automatik) di Semenanjung Malaysia dan daripada RM41,378 (manual) hingga RM47,798 (automatik) di Sabah dan Sarawak. - Bernama

source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad