Google
 

Friday, December 9, 2011

Honda CR-Z terima 300 tempahan


KUALA LUMPUR 8 Dis. - Model kereta jenama Honda, CR-Z telah menerima 300 tempahan dalam tempoh sebulan sejak pelancarannya awal bulan lepas.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, pihaknya gembira dengan sambutan terhadap model hibrid ketiga di bawa masuk ke negara ini.

"Bagi mengekalkan komitmen kami kepada pasaran, syarikat akan membawa masuk tiga warna baharu model itu yang dijangka berada di pasaran awal tahun depan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Ueno, tiga warna tersebut ialah Kelabu Metalik, Merah Milano dan Hitam Permata.

Semasa pelancarannya, model CR-Z dijangka terjual sebanyak 100 unit menjelang akhir tahun ini.

Beliau juga yakin dengan potensi kenderaan yang mempunyai nilai mesra alam, lebih-lebih lagi selepas kerajaan memperkenalkan pengecualian penuh ke atas duti import dan eksais bagi kenderaan hibrid sehingga Disember 2013.

Pelanggan boleh melakukan tempahan bagi tiga warna tersebut mulai esok di mana harganya bernilai RM115,000 seunit yang disertakan lima tahun jaminan ke atas bateri atau 140,000 kilometer perjalanan, yang mana dahulu.

Orang ramai boleh menguji pandu atau melihat model tersebut di mana-mana kedai pameran Honda.

source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad