Google
 

Friday, March 16, 2012

Model terbaru Proton terima 44 tempahan



Proton Holdings Berhad menerima 44 unit tempahan bagi model baru P3 21A di seluruh negara sehingga jam 5 petang, sempena pra pelancaran model itu, semalam.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pelanggan berminat boleh membuat tempahan awal dengan membayar deposit RM500 pada hari pameran dan di semua kedai pameran Proton seluruh negara.

“Model P3 21A didatangkan dalam tiga varian iaitu 1.6 liter Premium CPE, 1.6 liter Eksekutif CVT dan 1.6 transaksi manual (MT).

“Harga bagi model terbaru ini pula dianggarkan sekitar RM62,000 sehingga RM75,000 seunit mengikut varian,” katanya, ketika berucap dalam pameran automotif ‘Power of 1’ di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Model P3 21A turut boleh diperoleh dalam enam warna iaitu merah, hitam, putih, coklat, biru dan perak.

Sementara itu, menurutnya, sepanjang pameran tersebut pelanggan boleh menikmati tawaran dan jualan istimewa bagi kenderaan terpilih keluaran Proton.

Beliau berkata, antara kenderaan yang ditawarkan harga istimewa termasuk Exora Bold, Persona, Saga FLX, Gen 2 dan Savvy dengan potongan harga daripada RM500 sehingga RM15,000.

Selain itu, kenderaan edisi khas seperti Exora, Persona, Saga dan Satria Neo turut akan diberikan diskaun besar-besaran daripada RM5,500 sehingga RM15,000. Manakala, R3 Satria Neo yang dilancarkan tahun lalu turut boleh diperoleh dengan diskaun RM6,000 daripada harga asal.

Bagi memudahkan memudahkan pelanggan, Proton turut menyediakan beberapa syarikat perbankan di tapak pameran bagi menawarkan perkhidmatan dan nasihat kewangan.


source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad