Google
 
Showing posts with label proton baru. Show all posts
Showing posts with label proton baru. Show all posts

Saturday, January 30, 2016

Spyshot Proton Baru

Ini adalah gambar spyshots model proton terbaru yang sedang menjalani ujian di Lebuhraya Utara Selatan Arah Selatan.




Friday, September 24, 2010

Exora guna enjin turbo tahun depan

PROTON Holdings Berhad (Proton) akan melaksanakan pemasangan enjin turbo pada kenderaan keluarannya tahun depan dengan Proton Exora bakal dijadikan model pertama menggunakan teknologi itu.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (gambar)(gambar) berkata, teknologi itu dibangunkan Proton bersama anak syarikatnya, Lotus Group International Ltd.


Katanya, penggunaan enjin berkenaan mampu menyokong produk Proton di masa depan, sekali gus mengukuhkan jenama kereta nasional itu di peringkat domestik dan antarabangsa.


“Prestasi enjin bercaj turbo ini bersamaan dengan enjin berkapasiti dua liter, sekali gus meningkatkan kualiti dan pelepasan produk Proton di masa depan.


“Kami menjangka memasang enjin ini pada 2011 pada Proton Exora sebelum membuat pemasangan bagi model lain,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Proton bagi tahun kewangan 2009/2010 di Subang Jaya, semalam.


Hadir sama, Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.


Syed Zainal Abidin berkata, Proton akan melancarkan satu model baru dengan kerjasama Mitsubishi Motors selain versi berwajah baru bagi model sedia ada tidak lama lagi.


“Model baru itu yang menggantikan Proton Waja akan dilancarkan November ini. Harga jualannya tinggi sedikit berbanding Proton Waja, namun menampilkan ciri dan prestasi jauh lebih baik,” katanya.


source

Proton Waja Lancer aka Proton Inspira?

Proton Waja Lancer aka Proton Inspira?



Ini adalah gambar Proton Waja Lancer rekaan Theophiluschin sebelum gambar muka depan Waja Lancer tersebar luas di internet. Hampir sama bukan? Cuma pihak Proton telah mereka semula bumper depan untuk kelihatan lebih menarik.



Menurut dari satu laman web yang saya lawati, Proton Waja Lancer akan dinamakan sebagai Proton Inspira. Info ini belum disahkan lagi dan khabar angin mengatakan nama itu akan dipilih untuk model pengganti waja tersebut. Sama-samalah kita nantikan pengumuman dari pihak Proton dalam masa terdekat ini.

Saya akan update jika ada info baru mengenai hal ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad