Contoh kod pada tayar: 205/45 R17 84W
205: lebar tayar dalam milimeter (mm).
45: nisbah ketinggian dinding tepi tayar dengan lebar tayar atau dinding tayar adalah 45% daripada lebar tayar.
R: tayar menggunakan teknologi pembuatan Radial.
17: saiz rim yang sesuai untuk digunakan dalam inci
84: indeks beban yang boleh ditanggung oleh tayar tersebut, 84 untuk beban sehingga 500kg setiap tayar.
W: kadar kelajuan maksimum yang boleh ditanggung oleh tayar tersebut, W untuk kelajuan sehingga 270km/j.
Tips:
Jika anda ingin menukar kepada rim yang lebih besar, pastikan ukur lilit tayar baru perlu dalam lingkungan +-3% dari tayar asal. Ini kerana ukur lilit tayar yang berubah akan menyebabkan bacaan speedometer tidak tepat.
Source: Auto Berita Harian, Bridgestone
No comments:
Post a Comment