Google
 

Thursday, May 14, 2009

MASALAH AIRCOND KERETA

Setiap hari kita akan memandu kereta itupun bagi yang ada lesen lah atau pun yang hanya sebagai penumpang. Masalah yang timbul jika dalam kesesakan jalan, dan cuaca panas anda tentu berasa gelisah dan tidak selesa jika sistem pendingin udara kereta tidak berfungsi – air-cond tidak sejuk,angin yang keluar berbau hapak dan saluran paip bocor. Lebih –lebih lagi jika cuaca panas... terasa bahang haba di dalam kereta dari luar dan dalam.Sebenarnya untuk makluman secara teknikalnya, sistem pendingin udara (air-cond) sebenarnya berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh pemampat ataupun yang biasa kita sebut compressor. Gas ini akan mengalir melalui penyejat atau bahasa inggerisnya cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil dan akan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas itu. Begitulah secara asasnya bagaimana pendingin hawa kereta berfungsi.Tapi jika perkara di bawah ini terjadi maka ia adalah ciri – ciri yang aircond kereta tu perlu di servis segera kerana telah rosak.

Di antaranya ialah :-

• MASALAH 1: Angin Panas atau Air-Cond Tidak Sejuk
Sebaiknya periksa kandungan gas air-cond kereta dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircond(tabung berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) jika ada buih, pada kaca cerap tu maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Kemudian pasangkan air-cond. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser.Air-cond tidak cukup sejuk juga menimbulkan masalah. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas air-cond diservis. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu air-cond dikawal oleh satu suis yang meng'ON'kan dan meng'OFF'kan air-cond kereta secara automatik. Apakata apabila kita pergi ke servis kereta minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircond lebih lama 'ON'.

• MASALAH 2: Sekiranya kipas tidak bergerak
Maksudnya kipas itu rosak dan perlu ditukar. Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas perlu juga ditukar.

•MASALAH 3: Sekiranya kipas bergerak laju dan air-cond masih tidak sejuk
Cuba biarkan air-cond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas air-cond.Sekiranya ada kelihatan, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompresor ke cooling coil tidak ada masalah.Tapi jika air-cond masih juga tidak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu dibuka dan gas perlu dibuang.

• MASALAH 4: Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, air-cond tidak sejuk
Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'ON' dan 'OFF' air-cond tidak dapat berfungsi dengan baik atau injap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi sehinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas.Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paipgas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya,injap atau suis air-cond anda perlu di tukar.

• MASALAH 5: Angin air-cond berbau hapak dan tidak selesa
Ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin air-cond kereta anda atau air-cond anda telah terlalu lama tidak di servis hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

• MASALAH 6: Corong keluar angin aircond berminyak
Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin air-cond akan panas.

Kesimpulan
Akhir kata secara teknikalnya,adalah lebih baik air-cond diservis setiap tahun dan untuk perjalanan jauh di lebuh raya, jangan melaras thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat air-cond anda kerana ia sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal..

Source: PMC

52 comments:

  1. nk tnye kete sy honda SV4....aircond aingn je kua....pastu g kedai cek....tukar fius je....pastu.....aircond xsjuk semula.....kipas 1 pusing 1 lg x?ape problem tu......adakah relay die

    ReplyDelete
  2. x pasti la bro... cuba jangan set suhu a/c ke tahap yang paling sejuk...utk mengelakkan icing kat cooling coil..

    ReplyDelete
  3. kereta saya hanya kua angin tuk seketika sajapastu di ilang...mcm xder power nk blow angin..leh tau ap maslah nye...

    ReplyDelete
  4. salam, sy ada kereta lama tapi aircond die berbau kentut..nape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ko terkentut...haha

      Delete
  5. air cond kete, kejap sejuk kejap panas...pelik tul la, br je isi gas. Kalo kete jalan, sejuk..kalo kete berenti jap, kuar angin je...nape ek??

    ReplyDelete
  6. kipas ac jalan x?

    ReplyDelete
  7. cek smalam kipas sume ok...tyn mmbr , diorang sume ckp compressor rosak, rabak lg la bulan ni...

    ReplyDelete
  8. rasanye memang compressor dah nak kong tu..

    ReplyDelete
  9. Pls help me! air cond tak berfungsi langsung. angin pun tak keluar. tlg beri pandangan!

    ReplyDelete
  10. Radiator not working. boleh saya buat apa 2 ke atau kena bawa pi kedai juga? pls advice

    ReplyDelete
  11. kalau ac x berfungsi langsung, cuba check suis dan fius.

    radiator kalau tersumbat boleh diservis,kalau bocor kena tukar la.

    ReplyDelete
  12. sy gn kete wira 1.5. masalahnye bila on aircond, wiper automatik akan hidup..duk kesat cermin wlaupun hari x hujan...tlg bagi pandangan ye..sy dah banyak tny kedai..tapi pomen pun x sure pe masalah nye..tq

    ReplyDelete
  13. rasanye masalah wiring tu...try pergi kedai buat wiring.

    ReplyDelete
  14. Aircond myvi..bila pasang bau masam, sejuk n kuat xdak masalah..bau tu napa ekh? sapa2 leh bg tau apa punca

    ReplyDelete
  15. biasa nya kalo nak wat servis major ac, harga dalam berapa ringgit ha...

    ReplyDelete
  16. harga tuk kompresor myvi yg baru jenama denso berapa ek...

    ReplyDelete
  17. sama la aircond saya bau masam..myvi jugak!

    ReplyDelete
  18. Air filter Kotor air cond... Cuba tukar.. dan servis coil kalau x berjaya juga

    ReplyDelete
  19. tumpang tanya, air cond kete ferarri saya,bau wangi,sejuk dan selesa..xde masalah la kan??

    ReplyDelete
  20. nk tnye,sy ade krta honda sm4,sya ade 1 mslh.
    air cond lnsung xsjuk wlaupun kndungan gas dh mnckupi serta dh tkar kmponen2 lain spt,
    injap pengwal,rcve drier,dan fius.
    bley thu,ape mslhnye yew?

    ReplyDelete
  21. nk tnye,sy ade krta honda sm4,sya ade 1 mslh.
    air cond lnsung xsjuk wlaupun kndungan gas dh mnckupi serta dh tkar kmponen2 lain spt,
    injap pengwal,rcve drier,dan fius.
    bley thu,ape mslhnye yew?

    ReplyDelete
  22. nampaknya kena tanya pakar aircond yang lebih arif sebab saya sendiri tidak tahu apa masalahnye...

    ReplyDelete
  23. Salam,sy punye prob lg pelik..bau kete busuk wlaupun dhh cuci,psg aircond bau busuk mcm bau enjin skit..tp bru servis..pening laa..msej kt sy ye..0134529630..tq

    ReplyDelete
  24. tolong... aircond saya keluar salji berbau kentut . apa masalahnyeeww?

    ReplyDelete
  25. saya pun, aircond motor ex5 saya tak function la.

    ReplyDelete
  26. aircond sejuk ok...tapi kena tekan banyak kali suis aircond,, kadang2 sehingga kereta gerak lama dan kena jalan bergetar baru airond berfungsi? apa masalah bossssss

    ReplyDelete
  27. saya pakai alza dah 2 tahun. aircon sejuk tapi ada waktu 5-6 saat macam udara tak berapa panas masuk dalam udara sejuk. buih kat kaca aircon takder. org aircon cakap kereta ada yg takder tunjuk buih aircon. aku pelik jugak. habis cermin kat paip tu untuk apa? perhiasan? aku rasa aircon gas habis. tapi sejuk pulak.kipas semua ok. apa masaalah? help aku.

    ReplyDelete
  28. Salam kakikereta, tumpang bertanya....kereta saya jenis honda 1.8 fd tahun 2006, masalah yang berlaku...semasa enjin dihidupkan saya hidupkan ekon saya berfungsi...tapi bila over ram...ekon saya terus cut off dan kompresor x berjalan...kipas berfungsi dengan baik...begitu juga dengan gas...ada tanda berbuih pada kaca tinjau...pening pala ....boleh sesiapa membantu...relay ker, termostat ker, suis ker yang bermasalah...

    ReplyDelete
  29. Salam kakikereta, tumpang bertanya....kereta saya jenis honda 1.8 fd tahun 2006, masalah yang berlaku...semasa enjin dihidupkan saya hidupkan ekon saya berfungsi...tapi bila over ram...ekon saya terus cut off dan kompresor x berjalan...kipas berfungsi dengan baik...begitu juga dengan gas...ada tanda berbuih pada kaca tinjau...pening pala ....boleh sesiapa membantu...relay ker, termostat ker, suis ker yang bermasalah...

    ReplyDelete
  30. saya guna kelisa auto.maasalah sekarang aircond keluar angin shja.nak tahu berapa kos untuk baiki kompresor sbb hari tu sy ada terlihat cecair keluar dari kompresor .

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe kena tukar kompresor. harga kompressor recond lebih murah berbanding baru

      Delete
  31. Nk tnye, sy guna waja auto. Masalah pertama kali yang saya hadapi ialah butang kelajuan aircond 1,2,3 tak keluar angin. Hanya 4 sahaja yang boleh. dan sekarang kipas radiator pula tak berpusing. macam mana ek nk setelkn mslah sy ni? Tak khatam lg bab2 kete ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar resistor blower..

      Delete
  32. rasanya masalah suis aircond. untuk kipas radiator, cuba cek sensor utk trigger motor kipas, kalau sensor ok, maybe kipas rosak

    ReplyDelete
  33. cuba tukar pki stereng evo.aicon akan lebih sejuk.

    ReplyDelete
  34. salam, nk tnya hrga cmpressor honda city? recond n ori.. tq

    ReplyDelete
  35. Salam...nk tnye, sy gune waja auto, mula2 aircond sejuk pastu tibe2 xrase sejuk...angin pn kuar sikit je....ape masalahnye ek?

    ReplyDelete
  36. Salam...nk tnye, sy gune waja auto, mula2 aircond sejuk pastu tibe2 xrase sejuk...angin pn kuar sikit je....ape masalahnye ek?

    ReplyDelete
  37. Assalamualikum,
    saya nak tanya kenapa ada air warna hijau keluar bila kita hentikan kereta...
    dan saya baru ganti kerosakan aircond kereta repairman tu tunjuk filter tu ada cecair hijau kenapa ye..

    ReplyDelete
  38. Salam... nak tanya apa tanda tanda compressor aircon rosak...saya guna gran livina

    ReplyDelete
  39. Salam nk tnye... Kereta sy bile on je suis aircond dye akan berbunyi pd enjin..tu mslh ape ye? Kompresor dye ke? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Compressor nk kong..try isi minyak dulu..

      Delete
  40. bos tumpang tnye..nape bile sy on aircond angin lngsung xkluar..tp kpas smue ok bjlan dgn lncar...boleh tlong jlaskn..

    ReplyDelete
  41. saya mengunakan kereta proton wira 1.5 kalau lalu kat lebuh raya air cond menjadi panas pada waktu tengah hari sampai petang. tapi pada waktu malam lalu kat jalan hutan dan berbukit jadi sejuk dan meremang apa masalah. aircond kereta saya.

    p.s selalu lalu jalan lama karak

    ReplyDelete
  42. kenapa kereta kalau brjalan sejuk n kalao berhenti jd panas plaak

    ReplyDelete
  43. Salam sy pkai iswara... Masalah sy blower n kipas jd deret... Sedang kn kunci masih belom on.. Tp masih bleh on ekon blower n kipas idup... Sedangkn kunci masih d tangan....

    ReplyDelete
  44. salam..boleh sape2 bgtau brp harga compressor livina...?sy g servis cntre, dia kata aircond compressor rosak..kos untuk brang shj RM3300 x masuk kos upah..

    ReplyDelete
  45. Saya pengguna myvi EZi..usia hampir 5 tahun..masalah sy contohnyer,semalam ptg isi gas a/c,esok tghari terus a/c xsejuk,kuar angin panas..pergi bengkel check,pomen kate gas abis,tp baru jer topup smlm..kedai plak kedai yg same..suh dia cehck,dia xberani sebab dia bkn expert a/c line..adakah mungkin ader paip bocor? kompresor rosak mungkin?..sila beri tunjuk ajar..ingin tahu kos repair..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada bocor tu bro, boleh try cek kat cooling coil sbb biasanya bocor kat situ...

      Delete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad