Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau memenuhi temu janji.
Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walau pun kunci sudah diputar ke arah ‘start’. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:
1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual. Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.
Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.
2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama. Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak. Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.
Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.
Bila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.
Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar dihidupkan kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.
Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi. Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburetor tetap melimpah. Dalam hal ini, bawalah ke mekanik anda untuk dibaiki.
No comments:
Post a Comment