1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.
2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan.
Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.
3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.
4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.
Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.
No comments:
Post a Comment