Google
 

Tuesday, April 19, 2011

Kenderaan terpakai wajib diperiksa

KUALA LUMPUR - Bermula Jun ini, semua kenderaan bermotor terpakai termasuk motosikal yang hendak dijual wajib menjalani pemeriksaan menyeluruh di Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom).

Peraturan itu bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan yang tidak selamat untuk digunakan, dicuri atau diubah suai secara haram.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut selaras dengan penguatkuasaan Akta Sewa Beli (Pindaan 2010) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Kita mahu melindungi kepentingan pengguna supaya mereka mengetahui status kenderaan tersebut yang mungkin pernah mengalami kemalangan atau tidak diselenggara dengan baik menyebabkan kenderaan itu tidak selamat digunakan," katanya selepas Majlis Perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi tahun 2010 di sini semalam. kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad