Google
 

Friday, April 1, 2011

Satria Neo S2000 kembali beraksi dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik

Proton Satria Neo S2000 sekali lagi bakal memberikan saingan sengit dalam kempen Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) musim 2011, kali ini Proton Holdings Berhad melalui divisyen perlumbaan Proton Motorsports, berazam untuk mencatatkan kemenangan bagi mengulangi pencapaian cemerlang mereka pada tahun lepas (tempat kedua kategori pengeluar). Sehubungan dengan itu bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya kelmarin pada majlis pelancaran rasmi APRC 2011, Proton telah melancarkan jentera S2000 mereka dengan kehadiran bersama pemandu Alister McRae dan Chris Atkinson.

Rali pertama yang akan diadakan ialah Rali Malaysia di Johor yang akan bermula dari 1 hingga 3 April ini, di mana pasukan Proton Motorsports berazam untuk meraih kedudukan terbaik pada pusingan pembukaan itu. Selain mempersembahkan Proton Satria Neo S2000, Satria Neo yang dibangunkan bersama penala terkenal Cusco dari Jepun turut dilancarkan dalam majlis tersebut. Diletakkan dalam kategori Group N iaitu kereta keluaran standard dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh FIA, dua buah jentera itu akan turut beraksi dan akan dipandu oleh pemandu dari Jepun, Kosuke Takashino dan Akira Bamba



Dengan penampilan dalam sukan rali yang mendapat perhatian meluas dari penonton di seluruh dunia di lebih 129 negara, Proton bukan saja mendapat pendedahan dan input berguna dalam membangunkan setiap model kenderaan mereka, malah sukan rali itu sendiri merupakan salah satu cara mempromosikan jenama Proton ke peringkat global. Kejayaan Proton dalam sukan rali akan mengukuhkan nama syarikat itu sebagai pengeluar automotif terkemuka di dunia setanding dengan syarikat terkenal lain.

Selepas Rali Malaysia, APRC 2011 akan diteruskan di Rali Australia pada 13 sehingga 15 Mei 2011


Asia Pacific Rally Championship (APRC) 2011

1 – 3 April Malaysia
13 – 15 May Australia
17 -19 June Nouvelle Caledonie
15 – 17 July New Zealand
30 Sep – 2 Oct Japan
4 – 6 Nov China 


source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad