Google
 
Sunday, May 22, 2011

Alat ganti Proton AMP

PROTON Holdings Bhd, melancarkan jenama alat ganti keduanya, ‘Proton AMP’ yang menawarkan pelbagai komponen serta aksesori berkualiti dan diluluskan syarikat itu pada harga lebih murah.

Ketua Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Mohamad Shukor Ibrahim, berkata jenama AMP itu menyediakan alternatif terbaik kepada pelanggan yang mahu merendahkan kos penyelenggaraan kenderaan mereka tanpa beralih kepada penggunaan alat ganti murah dan tidak selamat.
Katanya, selain penjimatan kos penyelenggaraan, pengguna produk AMP juga akan menikmati jaminan produk oleh Proton dalam tempoh tiga bulan atau 5,000 kilometer, tidak termasuk bagi alat ganti jenis ‘pasang dan haus’.

“Pelancaran Proton AMP ini selaras usaha menyediakan alat ganti berkualiti kepada pelanggan yang mana semua produk AMP ini bukan saja ditawarkan pada harga mampu milik tapi yang lebih penting diluluskan dan dijamin oleh Proton.

“Apa yang utama bagi kami adalah kepuasan pelanggan, sokongan mereka memberikan manfaat besar kepada kereta Proton milik mereka, sekali gus menyokong usaha kerajaan untuk membanteras komponen berkualiti rendah dan terpakai,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam

source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad