Anggota polis bergambar bersama kereta peronda Proton Inspira semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Proton Inspira kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Kecermerlangan Proton di sini, Rabu. Proton Holdings Berhad telah menyumbang sepuluh unit Proton Inspira 1.8L (manual) kepada PDRM.Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT DARUS
Dalam perkembangan lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin dengan penajaan 10 buah kereta Proton Inspira tersebut dapat membantu melengkapkan pasukan polis dengan peralatan yang mampu membanteras jenayah dalam tempoh waktu yang singkat.
“Saya yakin dengan sumbangan Proton Holdings ini akan membawa pulangan yang berlipat ganda bukan sahaja kepada PDRM tetapi kepada masyarakat amnya.
“Anggota polis perlu menghargai harapan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh semua pihak dengan meningkatkan mutu kerja serta disiplin yang tinggi dalam usaha membanteras insiden jenayah di negara ini,” katanya.
Justeru, beliau berharap dengan penajaan kereta daripada Proton itu dapat memperbaiki ‘tempoh bertindak’ kereta peronda polis daripada 12 minit kepada empat minit.
“Saya ingin melihat tempoh bertindak kereta peronda polis yang pada masa ini ditetapkan tidak melebihi 12 minit dipercepatkan.
“Misalnya, tempoh bertindak sesebuah kereta peronda yang berada dalam lingkungan satu kilometer daripada tempat kejadian hendaklah sampai ke tempat tersebut dalam tempoh empat minit,” katanya.
Jelasnya, perkara tersebut merupakan satu cabaran yang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan dengan komitmen serta kesungguhan anggota-anggota PDRM.
Sementara itu, Syed Zainal berkata, sejak 25 tahun lalu Proton telah menaja hampir 3,752 buah kereta keluaran mereka sebagai kereta peronda polis.
“Proton telah mengambil insiatif untuk mengubahsuai 10 model Proton Inspira menjadi kereta peronda polis. Kereta ini telah diubahsuai dan dilengkapi dengan sistem lampu amaran dan siren bersepadu, pelekat pembalik cahaya dengan logo PDRM serta sistem telekomunikasi radio bergerak.
“Kami percaya kereta peronda polis merupakan satu keperluan yang amat penting dalam memantau serta memerangi jenayag,” katanya.
Menurutnya, dalam menyediakan keperluan tersebut hubungan Proton dan PDRM diteruskan lagi dengan kerjasama meneroka pembangunan prototaip kereta peronda polis (Mobile Police Vehicle) dari model Proton Inspira.
“Prototaip ini masih dalam pembangunan sejak setahun yang lalu. Proton sentiasa komited dalam menambahbaik kualiti produknya apabila setiap model baru dikeluarkan.
“Dalam konteks ini, pihak PDRM pasrinya akan turut berkongsi manfaat daripada usaa penambahbaikan ini apabila model terbaru tersebut dijadikan kereta peronda,” katanya.
-- mStar
No comments:
Post a Comment