Wednesday, May 11, 2011
Honda labur RM50j bina gudang baru
HONDA Malaysia akan melabur sehingga RM50 juta untuk mendirikan gudang di kawasan perindustrian Bukit Jelutong, Shah Alam yang dijangka siap menjelang suku kedua tahun depan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno dalam satu kenyataan, berkata pembukaan gudang baru itu adalah sejajar dengan pertumbuhan berterusan pasaran Honda di Malaysia. “Membuka gudang baru di lokasi strategik adalah tindakan sewajarnya kerana kami sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan untuk pelanggan,” katanya.
Menurutnya, dalam tempoh tiga tahun, jumlah jualan kenderaan keluaran Honda meningkat kira-kira 12,000 unit dengan peningkatan sehingga 14 peratus penguasaan pasaran.
source
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment