Google
 

Tuesday, May 24, 2011

Dua larikan Porsche Cayenne


BRICKFIELDS: Seorang wanita terpaksa melupakan hasratnya untuk bergaya dengan kereta mewah yang baru dibeli beberapa hari lalu apabila kereta Porsche Cayenne miliknya berharga RM300,000 dilarikan dua lelaki tidak dikenalinya di hadapan rumah rakannya di Bukit Damansara, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang berusia 38 tahun dikatakan berkunjung ke rumah rakannya itu apabila tiba-tiba dihampiri dua lelaki berusia lingkungan 20-an bersenjatakan sebilah parang sebelum mangsa menyerahkan kenderaannya kepada mereka.

Bimbang dicederakan, mangsa menyerahkan keretanya kepada kedua-dua lelaki terbabit. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Travers, kira-kira jam 10.45 malam.
Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa hanya kehilangan ‘smart tag’ dan kad ‘touch n go’.

source

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Click This Ad